Sunday, October 7, 2012

Latar Belakang Sekolah

 

LATARBELAKANG & SEJARAH SEKOLAH
SJK (T) JALAN FLETCHER

Kawasan di sekitar Lorong Raja Muda adalah kawasan perumahan kerajaan yang dikhaskan kepada pekerja-pekerja Hospital Besar Kuala Lumpur yang kebanyakan nya terdiri daripada kaum India. Memandangkan tiada sekolah tamil di kawasan itu, maka sekolah ini ditubuhkan. Sekolah ini telah dirasmikan pada 11 Januari 1954 yang diberi nama Princess Road Tamil School yang cuma terdiri dari 6 buah bilik, 2 orang guru dan 77 orang murid.  Pada 12 Disember 1958, pihak berkuasa perbandaran mengarahkan sekolah ini ditutup disebabkan keadaan bangunan sekolah yang tidak selamat. Sekolah ini dibenarkan dibuka semula setelah dirayu oleh Jawatankuasa Pengasas dan ibu-bapa dengan syarat bangunan baru mesti ditubuhkan dalam masa setahun. Sekolah ini berfungsi semula pada 12 Februari 1959. Jawatankuasa Pengasas serta Jemaah Lembaga berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah untuk tapak bangunan. Akhirnya mereka berjaya memperolehi sebidang tanah berluas 2.5 ekar dari Kementerian Kesihatan di kawasan Jalan Fletcher. Sebahagian besar perbelanjaan pembinaan sekolah ini dibiayai oleh kerajaan manakala selebihnya diperolehi dari pelbagai cara dari tahun 1961. 18 Mei 1966 merupakan hari bersejarah bagi sekolah ini kerana pada hari inilah sekolah lama telah berpindah ke sekolah baru. Sekolah baru ini diberi nama SRJK (T) Jalan Fletcher. Penubuhan sekolah baru ini menarik minat ramai ibu-bapa. Inilah titik permulaan bilangan murid semakin meningkat di sekolah ini. Pada tahun 2008, Sekolah kita telah dinaik taraf dari sekolah  kurang murid (SKM) ke sekolah Gred B.