KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) adalah bagi membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan (kerja buat sendiri), mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.







CONTHOH JERNAL BERKAITAN KHB SEKOLAH RENDAH






FUNGSI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


Bengkel ialah tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Bengkel perlu diurus dengan cekap.




1. Menyediakan tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,

bersesuaian dengan mata pelajaran dan memberangsangkan.

2. Meningkatkan penguasaan kemahiran proses manipulatif di kalangan murid.

3. Merangsang dan menjana minda murid

4. Bengkel yang berkualiti akan menjadi pencetus idea kepada murid-murid bagi menghasilkan

inovasi dan reka cipta.

5. Mewujudkan suasana kelaianan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru mata

pelajaran Kemahiran Hidup.

6. Memaksimumkan penggunaan kelengkapan di kalangan murid terhadap pelajaran inovasi dan

reka cipta dengan penyediaan bahan dan alatan tangan yang lengkap.

7. Memberikan pendedahan asas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan

dan menyampaikan kepentingan kemahiran di dalam kehidupan seharian.











No comments:

Post a Comment