KOMPONEN ELEKTRONIK

1. Setiap komponen elektronik yang digunakan dalam menghasilkan projek litar elektronik mempunyai nama dan fungsinya. Mari kita mengenali komponen elektronik di bawah.

a) Diod Pemancar Cahaya (LED)


i) Komponen ini berfungsi untuk membenarkan arus elektrik mengalir sehala dan memancarkan isyarat cahaya.
ii) LED mempunyai dua kaki iaitu anad berpunca positif dan katod berpunca negatif.
iii)LED boleh didapati dalam pelbagai warna.
iv) LED perlu disambung mengikut punca yang betul untuk membolehkan ianya mengeluarkan isyarat cahaya.
v) Voltan melebih 3 volt boleh menyebabkan LED rosak.


b) Perintang Tetap


i) Perintang tetap ini berfungsi untuk mengawal arus elektrik mengikut nilai rintangan. Nilai rintangannya tidak boleh diubah.
ii) Pada badan perintang terdapat jalur warna. Jalur warna ini mewakili nilai rintangan perintang tersebut.
iii) Semakin tinggi nilai rintang, semakin sedit arus yang dapat mengalir sementara semakin rendah nilai rintangannya, semakin banyak arus boleh mengalir.


c) Perintang Boleh Laras


i) Berfungsi untuk mengawal arus dan nilai rintangannya boleh diubah.
ii) Nilai rintangan perintang boleh diubah dengan menggunakan tombol pelaras.
iii)Perintang ini banyak digunakan dalam peralatan seperti radio, televisyen,kipas, dan komputer yang bertujuan untuk menguatkan atau memperlahankan suara, kecerahan, kelajuan dan warna.


d) Buzer


i) Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi apabila dibekalkan arus elektrik.
ii) Ada dua jenis buzer iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet.
iii) Buzer mesti disambung mengikut punca yang betul untuk membolehkan ianya berfungsi.
iv) Warna merah mewakili punca + dan warna hitam mewakili punca -

No comments:

Post a Comment